Untuk I’M

oleh -35 views

Sajak Anum Mirza

– Rusuh –

Hati kenapa rusuh?
Apa yang digundah
Kelana tiada haluan..
Merintih dalam diam
Penjara dilubuk sepi
Pelosok sendiri dihujung hari
Menusuk tanpa sedari

Hati oh rusuh…
Rusuh oh hati..
Hati atau rusuh..?
Rusuh bertamu
Mati berbangkai
Tangis bersawan
Lenyap tak pedoman
Punah setaman

Membilang..
Hati rusuh jua
Membaling..
Hati resah jua
Melarat..
Hati porak peranda
Meraba..
Hati gelap bernoda
Mencari…
Kesal juga yang tamu..

Untuk I’M

Apa yang kau tangis, aku sudah buat
Apa yang kau pendam, aku sudah kuburkan
Apa yang kau benci, aku sudah lunaskan
Apa yang kau sedih, aku sudah menikmati
Apa yang kau marah, aku sudah lontar
Apa yang kau lalui, aku sudah dahulu laluinya

Keperitan kau lalui, aku sudah sejarah kan
Kesengsaraan kau lalui, aku sudah noktahkan
Keperitan dan kesengsaraan bercampur satu…!!
Jangan pincang jiwa kau…

Aku cuba berpesan…
Berapa berat kau pikul
Berapa punah kau rasa
Berapa sedih yang beraja
DIA.. Ingatlah DIA…
Kerna sayang, ada ujian itu
Dan…
Aku ada untuk kamu..

Nama pena ANUM MIRZA HAFZSHA dari Subang Jaya Selangor Darul Ehsan – Malaysia 🇲🇾.

Kini bertugas sebagai Guest Service Officer (GSO) di Summit Hotel Subang Usj.

Membaca buku merupakan hobinya dan kini mula berjinak dalam bidang penulisan. Dengan menulis puisi merupakan jalan permulaan dalam bidang penulisan.